SUBSIDIARI TELADAN, MCORP MEMETERAI MOU BANGUN TAMAN TEKNOLOGI JERMAN DI MELAKA

/ / News Malay

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Subsidiari milik penuh Teladan Group Bhd, Riverwell Resources Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Melaka Corporation (MCorp), sebuah agensi pembangunan kerajaan negeri bagi membangunkan Taman Teknologi Jerman seluas 138.07 hektar di Ayer Panas, Melaka.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata projek yang dicadangkan itu bertujuan untuk menarik pelaburan Jerman ke Melaka selain mengukuhkan hubungan ekonomi Malaysia-Jerman.

“Ia merangkumi pelbagai pembangunan perindustrian termasuk lot banglo perindustrian, kilang berkembar, pejabat kedai dan kuarters buruh berpusat,” katanya.

Di bawah MoU itu, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam kajian kemungkinan dan perancangan pembangunan cadangan projek terbabit.

“Perjanjian itu bertujuan untuk memanfaatkan kepakaran pembinaan Teladan dan simpanan tanahnya yang terletak di sepanjang Jalan Gapam.

“Pada masa yang sama, MCorp akan mengetuai pembangunan serta jualan projek yang dicadangkan,” katanya.

Projek ini dibina berdasarkan hubungan perdagangan yang mantap antara Malaysia dan Jerman, yang telah berkembang pesat sejak sedekad lalu.

Ia menyatakan Jerman kekal sebagai rakan dagangan utama Malaysia dalam Kesatuan Eropah, manakala Malaysia kini rakan dagang terbesar Jerman di Asia Tenggara.

Tambahan pula, Malaysia terus menjadi destinasi menarik untuk pelaburan langsung asing, dengan syarikat Jerman melabur 8.5 bilion euro (RM43.61 bilion) setakat 2023.

Pengarah Urusan Teladan Richard Teo Lay Ban berkata dengan rekod prestasi yang terbukti selepas membangunkan lebih RM2.9 bilion dalam nilai pembangunan kasar (GDV) gabungan projek merentas kediaman, komersial dan perindustrian, kumpulan itu yakin dengan sumbangannya kepada kejayaan projek yang dicadangkan.

Sehingga 31 Dis 2023, kumpulan itu memegang 433.62 hektar daripada bank tanah yang belum dibangunkan, dengan bahagian Melakanya memegang potensi GDV sebanyak RM2.7 bilion. – BERNAMA

Source: Melaka Hari Ini

TELADAN SUBSIDIARY, MCORP SIGNS MOU TO DEVELOP GERMAN TECHNOLOGY PARK IN MELAKA

/ / News Mcorp

KUALA LUMPUR, 22 March – Riverwell Resources Sdn Bhd, a wholly-owned subsidiary of Teladan Group Bhd, has signed a Memorandum of Understanding (MoU) with Melaka Corporation (MCORP), a state government development agency, to develop a 138.07-hectare German Technology Park in Ayer Panas, Melaka.

In a filing to Bursa Malaysia, the company stated that the proposed project aims to attract German investments to Melaka while strengthening Malaysia-Germany economic ties.

“It will encompass various industrial developments including industrial bungalow lots, semi-detached factories, shop offices, and centralized labour quarters,” it said.

Under the MoU, both parties will collaborate on the feasibility study and development planning of the proposed project.

“The agreement aims to leverage Teladan’s construction expertise and its landbank located along Jalan Gapam.

“At the same time, MCORP will lead the development and sales of the proposed project,” it added.

The project is built upon the strong trade relations between Malaysia and Germany, which have grown significantly over the past decade.

It noted that Germany remains Malaysia’s top trading partner in the European Union, while Malaysia is now Germany’s largest trading partner in Southeast Asia.

Furthermore, Malaysia continues to be an attractive destination for foreign direct investments, with German companies having invested €8.5 billion (RM43.61 billion) as of 2023.

Teladan’s Managing Director, Richard Teo Lay Ban, said that with a proven track record after developing over RM2.9 billion in total gross development value (GDV) across residential, commercial, and industrial projects, the group is confident in its contribution to the success of the proposed project.

As of 31 December 2023, the group holds 433.62 hectares of undeveloped land bank, with the Melaka portion having a potential GDV of RM2.7 billion. – BERNAMA

Source: Melaka Hari Ini