[print-me target="body"]

PROJEK REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)

DOKUMEN SYARIKAT BAGI PROJEK REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) ATAS CADANGAN TERMINAL BERSEPADU MELAKA SENTRAL, MELAKA

Terma & Syarat

  1. Syarikat dijemput untuk mengemukakan cadangan mengikut keperluan yang telah dinyatakan;
  2. Syarikat hendaklah menanggung semua kos yang berkaitan dengan penyediaan dan penyerahan Dokumen RFP ;
  3. Cadangan yang diterima selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dilayan;
  4. Penyerahan Dokumen RFP hendaklah diletakkan di dalam sampul surat yang tertutup, ditandakan dengan jelas di sudut kanan sebagai “RFP Cadangan Pembangunan Terminal Bersepadu Melaka Sentral, Melaka”;
  5. Semua cadangan hendaklah dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris;
  6. Cadangan mesti ditandatangani oleh seorang pegawai yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak organisasi yang mengemukakan cadangan tersebut ;
  7. MCORP mempunyai hak mutlak untuk menerima atau menolak cadangan yang dikemukakan serta tidak perlu untuk memberikan alasan apa pun terhadap penolakan tersebut;
  8. Hanya syarikat yang disenaraikan pendek dan / atau berjaya dalam RFP ini akan diberitahu mengenai status mereka dan akan dikehendaki membuat pembentangan terhadap cadangan mereka. Tiada pemberitahuan status tawaran kepada syarikat yang tidak berjaya.

DOKUMEN DIPEROLEHI LAWATAN TAPAK TARIKH TUTUP PELAWAAN TARIKH AKHIR SERAHAN DOKUMEN RFP
20 Mei 2026 (Rabu) sehingga 3 Jun 2026 (Rabu) (Pembelian Dokumen RFP di Kaunter Hasil MCORP, Menara MITC) 20 Mei 2026 (Rabu) 10.00 pagi Di Pintu Masuk Utama Melaka Sentral Lot 3092 Mukim Pringgit, Daerah Melaka Tengah, Melaka (Lawatan tapak adalah diwajibkan) 3 Jun 2026 (Rabu) 30 Jun 2026 (Selasa)
pada atau sebelum 12 tengah hari dan dimasukkan kedalam peti RFP di Aras 7, Menara MITC. (Dokumen yang lewat hantar tidak akan dipertimbangkan.)

* Sila klik pada butang yang telah disediakan di atas untuk memuat turun Senarai Semak Dokumen Syarikat Bagi Projek Request For Proposal (RFP) Cadangan Pembangunan Terminal Bersepadu Melaka Sentral, Melaka

TOP