Perhimpunan bulanan bagi bulan Ogos 2023 dan Majlis Pelancaran EKSA MCORP yang disempurnakan oleh YBhg Datuk Mohd Yusof bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif MCORP. Turut dihadiri Pengurus Besar Kumpulan Syarikat dan Pengurusan Kanan serta Warga Kerja MCORP.
Turut diraikan Persembahan Pakaian beragam oleh Tadika Anak Pintar sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66.
Antara amanat yang disampaikan adalah menyentuh mengenai strategi yang perlu dilaksanakan oleh MCORP dan Kumpulan Syarikat untuk kekal berdaya maju dan bergerak sebagai satu pasukan bersama MCORP.