PROJEK REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN TERMINAL ROLL-ON, ROLL-OFF (RORO) DAN BARTER TRADE DI ATAS SEBAHAGIAN HARTANAH LOT 14702 PN 67976, MUKIM UMBAI, DAERAH JASIN, MELAKA MILIK PERBADANAN MELAKA (MCORP) (KELUASAN TANAH – 9.14 EKAR)
Terma & Syarat
- Syarikat dijemput untuk mengemukakan cadangan mengikut keperluan yang telah dinyatakan;
- Syarikat hendaklah menanggung semua kos yang berkaitan dengan penyediaan dan penyerahan Dokumen RFP ;
- Cadangan yang diterima selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dilayan;
- Penyerahan Dokumen RFP hendaklah diletakkan di dalam sampul surat yang tertutup, ditandakan dengan jelas di sudut kanan sebagai RFP Cadangan Pembangunan Terminal RORO”;
- Semua cadangan hendaklah dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris;
- Cadangan mesti ditandatangani oleh seorang pegawai yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak organisasi yang mengemukakan cadangan tersebut ;
- MCORP mempunyai hak mutlak untuk menerima atau menolak cadangan yang dikemukakan serta tidak perlu untuk memberikan alasan apa pun terhadap penolakan tersebut;
- Hanya syarikat yang disenaraikan pendek dan / atau berjaya dalam RFP ini akan diberitahu mengenai status mereka dan akan dikehendaki membuat pembentangan terhadap cadangan mereka. Tiada pemberitahuan status tawaran kepada syarikat yang tidak berjaya.
DOKUMEN DIPEROLEHI |
LAWATAN TAPAK |
TARIKH AKHIR SERAHAN DOKUMEN RFP |
16 Disember 2024 (Isnin) sehingga 23 Disember 2024 (Isnin) (Pembelian Dokumen RFP di Kaunter Hasil MCORP, Menara MITC) |
16 Disember 2024 (Isnin) 10.00 pagi di Lot 14702 PN 67976, Mukim Umbai, Daerah Jasin, Melaka (Lawatan tapak adalah diwajibkan) |
30 Disember 2024 (Isnin)
pada atau sebelum 12 tengah hari dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga di Aras 4, Perbadanan Melaka (MCORP). (Dokumen yang lewat hantar tidak akan dipertimbangkan.) |
* Sila klik pada butang yang telah disediakan di atas untuk memuat turun Senarai Semak Dokumen Syarikat - Request For Proposal (RFP) bagi Cadangan Pembangunan Terminal Roll-On, Roll-Off (RORO) dan Barter Trade di atas sebahagian hartanah Lot 14702 PN 67976, Mukim Umbai, Daerah Jasin, Melaka untuk MCORP (Keluasan Tanah – 9.14 Ekar)