{"id":5422,"date":"2025-08-08T02:03:38","date_gmt":"2025-08-08T02:03:38","guid":{"rendered":"https:\/\/mcorp.gov.my\/teladan-subsidiary-mcorp-signs-mou-to-develop-german-technology-park-in-melaka\/"},"modified":"2025-08-12T01:50:05","modified_gmt":"2025-08-12T01:50:05","slug":"teladan-subsidiary-mcorp-signs-mou-to-develop-german-technology-park-in-melaka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mcorp.gov.my\/ms\/teladan-subsidiary-mcorp-signs-mou-to-develop-german-technology-park-in-melaka\/","title":{"rendered":"SUBSIDIARI TELADAN, MCORP MEMETERAI MOU BANGUN TAMAN TEKNOLOGI JERMAN DI MELAKA"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KUALA LUMPUR, 22 Mac \u2013 Subsidiari milik penuh Teladan Group Bhd, Riverwell Resources Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Melaka Corporation (MCorp), sebuah agensi pembangunan kerajaan negeri bagi membangunkan Taman Teknologi Jerman seluas 138.07 hektar di Ayer Panas, Melaka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata projek yang dicadangkan itu bertujuan untuk menarik pelaburan Jerman ke Melaka selain mengukuhkan hubungan ekonomi Malaysia-Jerman.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cIa merangkumi pelbagai pembangunan perindustrian termasuk lot banglo perindustrian, kilang berkembar, pejabat kedai dan kuarters buruh berpusat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di bawah MoU itu, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam kajian kemungkinan dan perancangan pembangunan cadangan projek terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPerjanjian itu bertujuan untuk memanfaatkan kepakaran pembinaan Teladan dan simpanan tanahnya yang terletak di sepanjang Jalan Gapam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPada masa yang sama, MCorp akan mengetuai pembangunan serta jualan projek yang dicadangkan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Projek ini dibina berdasarkan hubungan perdagangan yang mantap antara Malaysia dan Jerman, yang telah berkembang pesat sejak sedekad lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia menyatakan Jerman kekal sebagai rakan dagangan utama Malaysia dalam Kesatuan Eropah, manakala Malaysia kini rakan dagang terbesar Jerman di Asia Tenggara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tambahan pula, Malaysia terus menjadi destinasi menarik untuk pelaburan langsung asing, dengan syarikat Jerman melabur 8.5 bilion euro (RM43.61 bilion) setakat 2023.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengarah Urusan Teladan Richard Teo Lay Ban berkata dengan rekod prestasi yang terbukti selepas membangunkan lebih RM2.9 bilion dalam nilai pembangunan kasar (GDV) gabungan projek merentas kediaman, komersial dan perindustrian, kumpulan itu yakin dengan sumbangannya kepada kejayaan projek yang dicadangkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehingga 31 Dis 2023, kumpulan itu memegang 433.62 hektar daripada bank tanah yang belum dibangunkan, dengan bahagian Melakanya memegang potensi GDV sebanyak RM2.7 bilion. \u2013 BERNAMA<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Source: <a href=\"https:\/\/www.melakahariini.my\/subsidiari-teladan-mcorp-memeterai-mou-bangun-taman-teknologi-jerman-di-melaka\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Melaka Hari Ini<\/a><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 22 Mac \u2013 Subsidiari milik penuh Teladan Group Bhd, Riverwell Resources Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Melaka Corporation (MCorp), sebuah agensi pembangunan kerajaan negeri bagi membangunkan Taman Teknologi Jerman seluas 138.07 hektar di Ayer Panas, Melaka. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata projek yang dicadangkan itu bertujuan untuk menarik<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":5377,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[533],"tags":[],"class_list":["post-5422","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-news-malay-2"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mcorp.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5422","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mcorp.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mcorp.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcorp.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcorp.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5422"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/mcorp.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5422\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5441,"href":"https:\/\/mcorp.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5422\/revisions\/5441"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcorp.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5377"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mcorp.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5422"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcorp.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5422"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcorp.gov.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5422"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}