TENTANG KAMI

photo

Melaka Corporation (MCORP), yang dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), telah ditubuhkan sebagai tindak balas kepada saranan Kerajaan Persekutuan agar setiap negeri di negara ini menubuhkan perbadanan pembangunan negeri masing-masing bagi mempertingkatkan pembangunan ekonomi dan sosioekonomi. Pada ketika itu, setiap PKEN bertanggungjawab menjalankan aktiviti pembangunan ekonomi dan sosial di negeri masing-masing sebagai sebuah Badan Berkanun. Ia juga selaras dengan matlamat kerajaan dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), khususnya dalam memastikan penglibatan komuniti Bumiputera.

Tambahan pula, fungsi utamanya adalah untuk meningkatkan taraf hidup dan menyusun semula masyarakat melalui pembangunan yang seimbang dan pengagihan pendapatan yang adil. Hasil daripada pelaksanaan Enakmen MCORP, Enakmen No. 1 Tahun 1971, Melaka Corporation (MCORP) telah ditubuhkan pada 30 April 1971 dengan bilangan kakitangan seramai hanya 20 orang. Tujuan Kerajaan Negeri menubuhkan MCORP pada ketika itu adalah untuk memainkan peranan dalam membangun dan memperluas Melaka dalam empat bidang utama: industri, pelancongan, perumahan, serta perniagaan dan perdagangan.

TOP Skip to content